Tip Menjawab Soalan Matematik PT3

Hazani Sukri | 03-10-2019


Bahagian A: 20 Soalan Objektif (20 Markah)

1. Murid dicadangkan untuk mengambil masa 20 minit di bahagian ini dimana 1 minit untuk satu soalan.

2. Murid perlu memahami dan mengingati konsep Matematik dengan betul dan tepat kerana pada bahagian ini hanya soalan aras rendah akan diajukan. Ini bermakna soalannya terus kepada konsep asas bagi sesuatu topik berkenaan.

3. Murid perlu membaca soalan dengan teliti dan gariskan keyword dan nombor-nombor yang terlibat.

 

Bahagian B: 5 Soalan Subjektif (20 Markah)

1. Murid dicadangkan untuk mengambil masa 20 minit di bahagian ini dimana 4 minit untuk satu soalan.

2. Pada bahagian ini gabungan soalan aras rendah dan sederhana akan diajukan. Oleh itu, untuk menjimatkan masa, murid boleh membuat soalan yang mudah dahulu dan tinggalkan soalan yang susah untuk dibuat kemudian.

 

Bahagian C: 6 Soalan Subjektif (60 Markah)

1. Bahagian ini paling penting dalam kertas matematik kerana menyumbang markah yang paling besar. Jadi murid dicadangkan mengambil masa 10 minit untuk satu soalan supaya dapat menjawab semua soalan.

2. Bahagian ini gabungan soalan aras sederhana dan soalan KBAT. Seperti di bahagian B, murid boleh membuat soalan yang mudah dahulu dan tinggalkan soalan yang susah untuk dibuat kemudian.

3. Baki masa selama 20 minit boleh digunakan murid untuk menyemak balik jawapan atau soalan-soalan yang ditinggalkan.

 

 

 

 

BUKU BERKAITAN

    KOMEN
    DAPATKAN BUKU INI