Tips menjawab soalan Sains PT3 2019

Hazani Sukri | 02-10-2019


1 Kuasai format terbaharu

Kuasai format PT3 yang terbaharu (Format terbaharu 2019).     Soalan PT3 2019 kali ini merangkumi Bahagian A, B dan C dengan kesemuanya berjumlah 100 markah. Bahagian A ialah soalan berbentuk objektif iaitu pilihan A,B,C atau D. Bahagian ini mempunyai 20 soalan yang membawa 20 markah. Bahagian B ialah soalan berbentuk subjektif, iaitu lengkapkan rajah atau padankan jawapan yang betul dan sebagainya. Soalannya lebih kepada soalan direct dan mudah difahami oleh murid. Bahagian ini mempunyai 5 soalan yang membawa 20 markah. Bahagian C ialah soalan berbentuk subjektif, iaitu lebih kepada soalan berbentuk situasi. Di bahagian ini, soalan KBAT banyak dimasukkan. Bahagian ini mempunyai 6 soalan yang membawa 60 markah.

 

2 Kuasai fakta

Sebagai pelajar Sains, fakta adalah sangat penting. Kuasai fakta-fakta yang penting yang berada dalam buku teks sekolah. Setelah anda menguasai fakta, mudah untuk anda menjawab pelbagai aras soalan. Untuk menguasai fakta, anda harus banyak membaca disamping memperbanyakkan latihan.

 

3 Memahami arahan soalan

Sangat penting untuk anda memahami arahan soalan. Ini kerana jika anda tidak memahami soalan, jawapan yang anda berikan adalah salah! Untuk memahami arahan soalan, anda perlu baca dan sebaiknya gariskan kata kunci pada soalan tersebut seperti ‘Jelaskan’ , ‘Huraikan’ dan sebagainya. Arahan soalan bagi setiap bahagian adalah berbeza. Untuk Bahagian A dan B, kebanyakkan murid tiada masalah dalam memahami kehendak soalan. Namun untuk Bahagian C, anda perlu lebih berhati-hati. Kebanyakan soalan bahagian ini berunsurkan situasi. Anda perlu mahir dalam fakta untuk diaplikasi kepada situasi. Terdapat juga soalan untuk anda mereka cipta bahan. Jadi, anda perlu mahir dalam fakta dan aplikasi kepada bahan yang anda cipta.

 

4 Jadikan markah sebagai panduan

Sangat penting untuk anda melihat markah sebelum anda menjawab soalan. Sebagai contoh, untuk soalan dengan hanya 1 markah, ini bermaksud jawapan selalunya tidaklah panjang dan perlu huraian. Maka anda tidak perlu membuang masa dengan menulis jawapan yang panjang-panjang. Manakala bagi soalan dengan 2 markah, ini juga bermaksud ada 2 isi penting yang perlu dinyatakan. 1 menjawab persoalan utama, dan 1 lagi menghuraikan isi yang pertama. Begitu juga dengan soalan lain dengan 3 atau 4 markah.

BUKU BERKAITAN

KOMEN
DAPATKAN BUKU INI