PEMANSUHAN UPSR DAN PT3 BUKAN BERMAKSUD ANAK-ANAK HARUS BERHENTI BELAJAR
Hazani Sukri | 03-06-2020

Biarpun pihak kerajaan dan KPM telah mengumumkan pemansuhan peperiksaan UPSR dan PT3 untuk tahun ini akibat daripada pandemik Covid-19, namun ia bukanlah bermakna anak korang perlu berhenti belajar serta-merta. 

 

Persediaan awal harus terus dilakukan supaya anak-anak tidak ‘terkejut’ apabila pihak kerajaan dan KPM mengumumkan tarikh pembukaan sekolah nanti. Sekarang ini pun sudah timbul ura-ura sekolah akan kembali dibuka dalam tempoh beberapa minggu lagi.

 

Sejauh mana kebenarannya? Sama-sama kita nantikan pengumuman daripada pihak yang berwajib.

 

Galakkan anak-anak untuk membuat latih tubi bermula dari sekarang, bukan sahaja untuk calon peperiksaan, tetapi khusus untuk semua murid. Dengan latih tubi inilah minda dan pemikiran murid akan terus bercambah dan mereka 100 peratus bersedia untuk menempuh pembukaan persekolahan nanti.

 

Sedar akan perkara ini, Bestari Karangkraf telah melancarkan satu promosi kesedaran untuk menggalakkan anak-anak membuat latih tubi iaitu dengan cara penjualan buku latih tubi dengan harga yang sangat murah.

 

Ibu bapa hanya perlu membuat tempahan buku latih tubi di link https://www.karangkrafmall.com/jualan-runtuh-pkpb dan buku akan dihantar terus ke rumah. Promosi yang diberi nama Jualan Harga Runtuh PKPB ini merangkumi buku-buku prasekolah, sekolah rendah, sekolah menengah dan sekolah rendah agama.

 

Terdapat lebih 30 pakej buku murah dengan diskaun sehingga 37% disediakan oleh pihak Bestari Karangkraf khusus buat semua murid-murid yang masih menantikan bilakah akan bermulanya sesi persekolahan.

BUKU BERKAITAN
KOMEN
DAPATKAN BUKU INI