Multilateralisme penting bagi semua negara
Hazani Sukri | 26-09-2019

Dr Mahathir yang berada di New York untuk menghadiri Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) Sesi ke-74 berkata pada Forum Pemimpin Dunia di Columbia University bagaimana multilateralisme berjaya di Malaysia.

“Sekiranya kami menyokong unilateralisme, kami akan menyelesaikan masalah melalui konfrontasi dan mungkin perang. Tetapi kami tidak pernah melakukannya. Sebaliknya, kami berunding dengan negara jiran,” kata Dr Mahathir.

Beliau berkata perkongsian kuasa dalam kalangan pelbagai kaum yang memerintah negara juga membentuk multilateralisme bagi Malaysia. Tanpa sekatan perdagangan antara semua negara akan mewujudkan negara yang lebih kaya dan maju bersama.

BUKU BERKAITAN
KOMEN
DAPATKAN BUKU INI