Sekolah yang cuti tu tak perlu diganti
Hazani Sukri | 20-09-2019

Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik menegaskan sekolah yang terlibat dengan cuti berikutan masalah jerebu yang melanda negara kita sekarang ini tidak perlu diganti.

Ini adalah kerana cuti tersebut dikategorikan sebagai cuti bencana. Bagi guru yang tertanya-tanya akan perkara ini tidak perlu runsing memikirkan bilakah tarikh yang sesuai untuk menggantikan cuti ini semula.

1) Guru-guru dibenarkan bekerja dari rumah sekiranya sekolah ditutup. Ada hak untuk tidak datang ke sekolah dan perlu memberitahu pengetua dan guru besar.

2) Semua pengumuman penutupan sekolah akan dilakukan setiap hari, selewat-lewatnya pada pukul 6 petang.

3) Pengetua dan guru besar boleh mengumumkan penutupan sekolah sekiranya pada pandangan mereka keadaan jerebu semakin teruk dan berdasarkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada hari tersebut.

4) Sekiranya sekolah diumumkan tutup setelah penjaran dan pembelajaran berjalan, murid-murid masih boleh berada di sekolah dan P&P akan berjalan seperti biasa sehinggalah waktu persekolahan bagi sesi tersebut. (Ibu bapa dibenarkan membawa pulang anak-anak).

5) Guru boleh berhubung dan beri tugasan dengan murid dari rumah menggunakan Google Classroom.

6) Insitusi Pengajian Tinggi diberi pilihan untuk membuat pengumuman penutupan, ada hak untuk ditutup.

7) Murid-murid dan guru dinasihatkan agar mengutamakan kesihatan, kurangkan aktiviti luar dan banyakkan minum air.

8) Pentadbir sekolah perlu mengikuti prosedur operasi standard (SOP) sepanjang masa.

9) Persoalan mengenai sesi persekolah yang ditutup perlu diganti? Kementerian Pendidikan masih belum membuat keputusan mengenai hal itu.

 

BUKU BERKAITAN
KOMEN
DAPATKAN BUKU INI