Terjual melebihi 20,000 naskhah, 7 rahsia ini buat buku My Yellow Book laris di pasaran
Hazani Sukri | 26-06-2019

Macam mana buku ini boleh terjual lebih 20,000 naskhah?

Nampak macam tak masuk akal, tetapi itulah kenyataannya. Buku terbaharu Bestari Karangkraf berjudul MY YELLOW BOOK ini telah terjual melebihi 20,000 naskhah di seluruh Malaysia. Buku yang dibuat khusus pelajar sekolah rendah Tahun 3, 4, 5 dan 6 ini tular di kalangan guru, ibu bapa dan pelajar.

Ditulis oleh Norhaizan Mahussin, seorang bekas guru yang telah menamatkan perkhidmatannya di sekolah tetapi masih mencurahkan ilmu bakti di seminar dan kursus, ia menjadi fenomena baharu di mana buku ini amat mudah untuk difahami dan dipelajari.

Penulis MY YELLOW BOOK telah berkhidmat selama 36 tahun dalam mengajar Bahasa Inggeris dan kini mempunyai kelas tuisyen Bahasa Inggeris sendiri pada setiap hari Jumaat, 8 hingga 10 malam di samping mengendalikan program kelas menulis iaitu ‘Write It Well’.

Rahsia penjualan buku ini melebihi 20,000 naskhah:

1. Pengajaran Bahasa Inggeris dengan cara paling mudah.

2. Disusun secara sistematik mengikut topik.

3. Nota ‘grammar’ dan latihan untuk ulang kaji pintar.

4. Membantu murid menulis secara efektif dan puitis.

5. Meningkatkan penguasaan perkataan dan tatabahasa Inggeris.

6. Ditulis oleh guru Bahasa Inggeris yang berpengalaman luas.

7. Relevan digunakan bukan sahaja di peringkat sekolah rendah.

Berminat untuk memiliki MY YELLOW BOOK, boleh dapatkan di kedai buku berhampiran atau beli secara online di www.karangkrafmall.com

Mahu cara yang lebih mudah?

Beli melalui Whatsapp Karangkraf Mall di nombor 019-229 7227.

BUKU BERKAITAN
KOMEN
DAPATKAN BUKU INI